


Setelah hampir 2 minggu Palestin diserang oleh tentera rejim Zionis tapi masih takde lagi tanda - tanda serangan tu akan berhenti. aku sedih sebab makin ramai umat Islam di Palestin ni mati dan cedera. kadang - kadang tu aku tak mampu nak tengok berita dan baca surat khabar mengenai Palestin ni. sedih sangat. berita - berita yang aku baca, dengar dan lihat ni boleh membuatkan aku menangis.
Apa yang aku harapkan sekarang ni kita semua bersatu memboikot barangan keluaran Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. sebabnya Amerika Syarikat terang - terangan menyatakan sokongan terhadap serangan Israel kerana diorang jual senjata yang canggih - canggih kepada Israel ni. kebanyakkan pembuat daras Amerika Syarikat ni orang Yahudi. Khabarnya ada 12 orang Yahudi yang berpengaruh di belakang Presiden Amerika Syarikat. sebab tu dasar dia tetap sama walau sesiapa pun yang jadi Presiden.


Manakala Perancis pulak, dia adalah supply senjata utama kepada Israel. paling ketara masa Six-Day War dan Yom Kippur War. kebanyakkan senjata Israel macam kereta tank Merkava ni alat - alat dia di import daripada Perancis dan Amerika Syarikat.


