Selasa, 30 Disember 2008

mukadimah

hahaha! baru hari ini aku cuba nak buat blog. selalu aku asyik baca blog orang je. iyalah blog dah jadi satu kemestian sekarang ni. lebih terbuka. lebih bebas dan yang paling penting lebih cool.

ni kira testinglah.

hari tu aku rasa cool sangat sebab liverpool menang 5 -1 masa lawan newcastle. tapi yang tak bestnya pagi tadi aku baca surat khabar. katanya steven gerrard dah kena tangkap. itulah kalau dah namanya orang putih, tak sah tak pegi nightclub nak celebrate. apa - apapun liverpool still leading BPL lagi. tapi tak tahulah sampai bila.

kadang - kadang aku tengok liverpool ni bagus masa main. tapi kadang - kadang macam takde semangat nak menang. paling aku sakit hati tengok dia main masa lawan hull city dengan arsenal. dah dapat equalise lepas tu boleh dok diam je. macam nak seri sangat. haduuuhhh!!! nak je aku ketuk tv aku tu biar diorang tau. tapi buat macam tu dah macam orang bodoh pulak. tapi tak salahkan?

apa - apa pun satu lagi team favourite aku juventus still maintain. walaupun kalah masa lawan inter 1-0 hari tu, lepas tu diorang tak toleh belakang lagi. kalau diorang main macam tu setiap game aku berani jamin diorang akan juara tahun ni. itupun kalau inter seri banyak game takpun kalah.

lagi satu aku dengar man city sibuk nak beli buffon. aku rasa board juventus takkan jual punya. aset tu beb! kalau jual jugak. rasanya board diorang ni memang bodoh. yang paling akan marah aku le. buffon antara keeper terbaik dunia. sayang tu kalau jual. bukan senang nak cari keeper yang main macam buffon ni. keeper lain boleh tangkap bola ataupun jaga gol dengan baik. tapi tak macam buffon. sebabnya dia ada sense. tak percaya tengoklah.

cukuplah. aku nak start keje. waktu rehat ni. kalau ada masa nanti aku post lagi. bye bye