Sabtu, 3 Januari 2009

tahun baru 2009


selamat tahun baru 2009!


ayat yang membuat aku menyampah nak tulis setiap kali bila tiba tahun baru. sebabnya setiap kali tu jugak azam kita tahun lepas banyak yang belum tertunai lagi.

hal ini membuatkan aku semakin bosan untuk menyambut tahun baru. takde apa - apa. yang hanya setakat celebrate di padang. countdown. ada yang buat parti mabuk - mabuk. yang lebih teruk lagi buat sex party. kenapa semua ni jadi kat negara aku? makin pelik jadinya. sepatutnya kita sambut tahun baru dengan penuh kesyukuran. sebabnya kita masih hidup di tahun baru.




kita diberi peluang untuk hidup lagi dan melihat apa yang terjadi dan berlaku pada tahun 2009. sambil mengingat kembali apa yang kita sudah buat pada tahun 2008. jadikan pengajaran. yang baik diteruskan dan kalau boleh ditingkatkan lagi. yang jahat di tinggal dan dijadikan pengajaran yang berguna.




setiap kali tiba tahun baru acara klise ialah ambang tahun baru. itu bukan budaya kita. itu budaya mat saleh. kenapa sekarang kita semakin mat saleh daripada mat saleh? kesian kadang - kadang aku tengok anak bangsa aku. masih lagi berpeleseran ke sana ke mari tunggang motosikal tanpa tujuan. ada pulak tu buat muka bangga sebab dapat bawak awek cun. kemana tu aku tak tahu. dan aku tak mahu tahu apa yang diorang nak buat lepas tu. malu aku dengan bangsa - bangsa lain. belia yang sama darah dan keturunan dengan aku boleh lupa jatidiri.




kadang - kadang aku terpikir apa akan jadi kepada negara aku kalau tiba - tiba sahaja tercetus perang dunia ke tiga. siapa yang nak pertahankan negara? ke mana anak - anak muda ni akan pergi? sanggupkah diorang ni angkat senjata sama - sama pergi berperang? entahlah.


aku berdoa supaya pada tahun 2009 ni Malaysia akan sentiasa aman, tenteram dan ekonomi akan pulih macam biasa. itu sahaja doa aku. bukan lebih yang aku minta. tapi sekurang - kurangnya aku tak kebulur di negeri sendiri. tak merempat dan tak melarat.


aku harap yang lain-lain pun macam tu juga.






2 ulasan:

  1. aku ingat gambo kau tengah party, baru nak marah sebab tak ajak aku.. ahahahah

    BalasPadam
  2. Hazri : lain kali aku ajak kau. tapi kena vouge lagi dari yang gambar tu. hehehehehe

    BalasPadam